
KUALA TERENGGANU: Fenomena kerang terdampar di pantai Terengganu yang tular baru-baru ini bukan petanda bencana malah ia selamat dimakan.
Pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Roslizawati Ab Lah, menjelaskan setiap kali musim monsun timur laut tiba, kejadian angin kencang, ombak besar, serta struktur pantai tertentu sering menjadi punca banyak kerang terdampar di pesisir pantai.
Beliau berkata, meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
“Proses kerang terdampar ini berkait rapat dengan struktur geografi pantai, kekuatan ombak, serta arah dan kelajuan tiupan angin semasa musim monsun timur laut.
“Tiupan angin yang kuat dan pergerakan ombak…