
PETALING JAYA: Amanah akan menyelaraskan laporan polis dibuat di seluruh negara supaya siasatan dapat dibuat terhadap PAS yang didakwa berulang kali menggunakan ‘politik fitnah dan adu domba’.
Parti itu akan mengambil tindakan sedemikian susulan dakwaan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor, yang juga pemimpin PAS, pada program Himpunan Ummah Selamatkan Malaysia semalam bahawa Amanah ‘dilahirkan oleh DAP’.
Setiausaha Agung Amanah Faiz Fadzil berkata, dakwaan Sanusi itu menunjukkan betapa terdesaknya PAS untuk terus bermain dengan isu sentimen agama dan kaum.
“Amanah akan menggerakkan laporan polis dibuat di seluruh negara supaya siasatan dapat dibuat terhadap PAS yang semakin ketagih membudayakan politik fitnah dan adu domba yang kesannya sangat bahaya kepada negara,” katanya dalam kenyataan.
Faiz menegaskan bahawa Amanah bukan diwujudkan oleh DAP…