
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari meluahkan rasa syukur atas keputusan saman fitnah yang difailkan anak syarikat Menteri Besar Selangor (Diperbadankan) (MBI) terhadap pemimpin Bersatu, Badrul Hisham Shaharin.
Ini selepas Badrul, yang dikenali sebagai Chegubard, memohon maaf secara terbuka di hadapan hakim, berikutan beberapa kenyataannya terhadap Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB).
“Alhamdulillah, hari ini terbukti kebenaran mengatasi kebatilan. Fitnah ini telah dijaja oleh Perikatan Nasional (PN) semasa kempen PRN lalu.
“Pelbagai tohmahan serta serangan yang dilempar kepada kerajaan Selangor dan saya sendiri dengan cubaan mengaitkan saya dengan naratif fitnah dibawa mereka,” katanya di Facebook.
Amirudin berkata, sepanjang dakwaan tersebut beliau membuat pelbagai penafian dan mengemukakan bukti bagi menjawab tuduhan berkenaan.
“Terbukti…