
PETALING JAYA: Penganalisis politik percaya gesaan untuk Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengekalkan jawatan presiden PKR tanpa dicabar pada pemilihan parti akan datang demi memastikan kestabilan kerajaan perpaduan.
Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya dan Chin Yee Mun dari Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) berkata, mengekalkan Anwar dan Timbalannya, Rafizi Ramli dengan jawatan parti masing-masing dapat mengelakkan perpecahan dalam PKR.
Mereka berkata, pertandingan untuk dua jawatan tertinggi dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR pada 24 Mei nanti boleh memberi implikasi kepada kerajaan perpaduan dan PRU akan datang.
“PKR parti utama dalam kerajaan perpaduan. Kestabilan dari segi kepimpinannya penting untuk memastikan parti kekal fokus, bukannya terganggu oleh perebutan kuasa dalaman yang boleh melemahkannya,” kata Awang Azman…