
PETALING JAYA: Menteri sains, teknologi dan inovasi Sabah membidas satu laporan yang mengaitkan dirinya dengan skandal perlombongan di Sabah.
Menyifatkan laporan tersebut ‘berniat jahat’, Mohd Arifin Mohd Arif merancang untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Saya ingin menyatakan bahawa laporan media tersebut adalah satu laporan yang berniat jahat kerana mengandungi dakwaan-dakwaan yang tidak tepat, mengelirukan, dan juga mengandungi fakta-fakta yang palsu dan memfitnah,” katanya, lapor portal Sabah Media.
Arifin menambah portal berita itu tidak pernah menghubungi beliau untuk mendapatkan pengesahan.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan di IPD Kota Kinabalu berkait laporan disiarkan sebuah portal berita pada 3 Feb lalu.
Pada Disember, satu siri video yang mengaitkan beberapa Adun Sabah dengan…