
PETALING JAYA: Jumlah kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tahun lalu dianggar RM44.7 bilion, berbanding sasaran awal RM41.3 bilion.
Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis kepada Parlimen, berkata kadar itu akan dimuktamadkan dalam penyata kewangan kerajaan persekutuan 2024, menjawab soalan daripada Chong Zhemin (PH-Kampar) yang ingin tahu jumlah kutipan SST tahun lalu berbanding jangkaan sebelum ini.
Dalam pada itu, kementerian berkata bagi tempoh dari 2019 hingga 2024, jumlah keseluruhan kutipan duti eksais ke atas minuman bergula adalah RM447.5 juta.
Katanya, duti eksais dikenakan dikenakan ke atas minuman bergula terhadap tiga kategori minuman bergula sedia diminum yang dikilangkan dalam negara atau diimport dari luar negara.
Dalam Belanjawan 2025 kerajaan telah menggerakkan inisiatif ‘Perang Gula’ dalam usaha…