
PETALING JAYA: Pemuda Umno bukan hanya sekadar pelengkap dalam kerajaan perpaduan malah akan terus mempertahankan kepentingan rakyat terutama Islam seperti sering dibangkitkan Ketuanya Dr Akmal Saleh.
Mengingatkan perkara itu kepada Pemuda DAP, Ketua Penerangan Mohammad Sollehin Mohamad Tajie, berkata sayap Umno itu hanya membawa suara rakyat dan tiada kaitan mereka sebagai ejen Perikatan Nasional (PN).
“Pemuda Umno bukan budak suruhan sesiapa. Kami ada prinsip, maruah dan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.
“Jangan ingat kerana kita bersama dalam kerajaan, maka kami wajib angguk dan diam pada segala keputusan.
“Perpaduan yang ingin dibentuk itu mesti berteraskan nilai keadilan, bukan hanya berpihak kepada satu kelompok sahaja,” katanya dalam kenyataan.
Baru-baru ini, Pemuda DAP meminta Akmal berhenti…