
PETALING JAYA: Gimik pilihan raya mengejut sengaja dicetuskan Bersatu untuk memberi harapan palsu kepada penyokongnya bahawa Perikatan Nasional (PN) masih relevan menjadi kerajaan di Putrajaya, kata seorang pemimpin PKR.
Naib Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah Wee Tse berkata laporan yang mendedahkan kepincangan dua komponen PN itu yang tidak senada mengenai pilihan raya mengejut boleh menjadi indikator hubungan Bersatu dan PAS sudah tiada persefahaman baik.
“Kemungkinan besar apabila sampai masa untuk tentukan calon PM, mereka juga akan bergaduh,” katanya yang juga Ahli Parlimen Tebrau dalam kenyataan.
“Sebenarnya gimik ‘pilihanraya mengejut’ sengaja diwujudkan Bersatu hanya semata-mata untuk beri harapan palsu kepada penyokong mereka supaya PN dilihat kekal relevan sebagai sebuah kerajaan menanti dalam masa…