
KUALA LUMPUR: Perdagangan Malaysia mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun yang ke-13 bulan berturut-turut, meningkat 3.1% kepada RM241.95 bilion berbanding Jan 2024, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti).
Menurut Miti, eksport mengembang empat bulan berturut-turut, meningkat 0.3% kepada RM122.79 bilion, manakala import naik 6.2% kepada RM119.16 bilion.
Katanya, ini menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM3.63 bilion, merupakan lebihan dagangan yang ke-57 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.
“Prestasi eksport pada Jan 2025 disokong oleh pertumbuhan kukuh sektor utama, khususnya perkilangan dan pertanian.
“Tahun ini bermula dengan prestasi bulanan yang memberangsangkan dalam eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E) yang mencatatkan…