
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahli serta pemimpinnya supaya memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum disampaikan kepada orang ramai untuk mengelakkan saman sekali gus menjejaskan imej parti.
Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, beliau memahami adakala sesetengah kenyataan dibuat bersifat peribadi namun dikaitkan dengan parti kerana kedudukan dan jawatan disandang.
Katanya, semua kenyataan mereka perlu disahkan kesahihannya untuk mengelakkan tindakan undang-undang lebih-lebih lagi kini risikonya semakin tinggi dengan perkembangan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI).
“Kita terdedah kepada risiko peribadi disaman dan kena bayar.
“Kedua risiko kepada parti…semua pihak perlu jaga supaya imej dapat dipelihara dan kewibawaan kepimpinan dapat dipertahankan,” katanya dalam temu bual bersama FMT di Pejabat…