Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Warga emas maut dibunuh suami alami tekanan perasaan

today21 February 2025

Background


Naazron Abdul Yusof berkata suspek mengalami tekanan perasaan akibat perniagaan yang dijalankan selama 25 tahun mengalami masalah kewangan dan penyakit dialami isterinya. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan ditahan selepas dipercayai membunuh isterinya di sebuah rumah di Bandar Sungai Long, Cheras, semalam.

Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof berkata anak lelaki pasangan itu menghubungi polis dan memaklumkan bapanya yang berusia 65 tahun cuba membunuh diri dengan mengelar tangan dengan pisau selepas dipercayai membunuh ibunya.

Beliau berkata siasatan ke lokasi mendapati mangsa warga tempatan berusia 63 tahun ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik tidur dan disahkan meninggal dunia.

“Senjata pisau digunakan dalam kejadian ini telah dirampas bersama beberapa barang kes lain bagi membantu siasatan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan dipercayai suspek mengalami tekanan perasaan akibat perniagaan yang dijalankan selama 25 tahun…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post