
PETALING JAYA: Seorang lagi wakil rakyat Bersatu dilaporkan tewas dalam pemilihan jawatan ketua bahagian parti itu.
Menurut Berita Harian, Adun Batang Kali, Muhaimin Harith Abdullah Sani tumbang dalam persaingan jawatan ketua bahagian Bersatu Hulu Selangor, pada pemilihan yang berlangsung semalam.
Persaingan tiga penjuru itu dimenangi Ruslee Jamaludin yang mendapat 26 undi manakala Muhaimin menduduki tempat tercorot selepas hanya memperoleh enam undi.
Seorang lagi calon, Khairul Azhari Saut pula mendapat 13 undi dalam pemilihan dihadiri 47 daripada 71 perwakilan itu.
Riduan Harun pula menang jawatan timbalan ketua bahagian selepas meraih 29 undi manakala jawatan naib ketua bahagian pula menjadi milik Mohammed Ilyas Hussein yang menang tanpa bertanding.
Pada PRN Selangor 2023, Muhaimin berjaya memenangi Dun Batang Kali selepas…