
PETALING JAYA: Seorang pelajar sekolah menengah di Sungai Petani, Kedah meninggal dunia selepas menamatkan acara merentas desa.
Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin, 16, dipercayai rebah selepas menamatkan acara merentas desa 6km.
Ketua Polis Kuala Muda, Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata pelajar tingkatan lima itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri, sebaik tiba di garisan penamat di padang sekolahnya selepas menyertai acara merentas desa peringkat sekolah bersama pelajar lain.
“Ketika itu, guru bertugas bersama beberapa pelajar yang juga ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) membawanya ke khemah berhampiran dan memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa.
“Bagaimanapun, pelajar itu tidak memberikan sebarang tindak balas ketika bantuan kecemasan dilakukan,” katanya menurut Berita Harian.
Menurutnya, guru terbabit…