
GEORGE TOWN: Reka bentuk projek terowong dasar laut Pulau Pinang berdepan perubahan kerana jajarannya bertindih dengan pembesaran Pelabuhan Pulau Pinang di Butterworth dan sebuah taman rekreasi, menurut ketua menteri.
Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri beri tempoh selama beberapa bulan kepada kontraktor projek, Consortium Zenith Construction (CZC) Sdn Bhd, untuk menghasilkan reka bentuk baharu dan menjalankan kajian kebolehlaksanaan.
“Jadi masih jauh daripada peringkat perlaksanaan lagi sebab ada pindaan untuk menyesuaikan dan menabngani isu-isu yang dibangkitkan oleh pemegang taruh,” katanya kepada pemberita di Komtar.
Chow belum sedia membuat kenyataan apabila ditanya sama ada laluan ketiga dari pulau ke tanah besar itu akan ditukar daripada terowong dasar laut kepada jambatan merintangi selat.
“Kita umum selepas mereka buat kajian kebolehlaksanaan,”…