Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

[VIDEO] Diiktiraf Sebagai Taman Terkecil Di Dunia, Binaan Ini Raih Perhatian Ramai

today28 February 2025

Background


Menurut ketua di bahagian pengurusan pembinaan Bandar Nagaizumi, Shuji Koyama memberitahu taman itu dibina dengan tujuan menggunakan ruang yang ada pada bahu jalan itu.

“Dulu, ada seorang kakitangan pergi bercuti ke Amerika Syarikat, mereka menemui pemegang rekod untuk taman terkecil sebelum ini (Mill Ends Park di Portland, Oregon). Jadi mereka mahu mencipta taman yang lebih kecil,” katanya.

Sejak dibina, penduduk tempatan secara tidak rasmi memanggil taman itu sebagai taman terkecil di dunia. Taman itu sering digunakan oleh mereka sebagai tempat berehat, serta sentiasa menjadi tumpuan pelancong mengambil gambar.

Namun begitu, bandar itu mahukan ia secara rasmi diiktiraf sebagai taman terkecil di dunia. Untuk itu, mereka telah membawa juruukur profesional mengukur kawasan taman berkenaan dengan tepat dan mengumpulkan maklumat tambahan seperti yang diperlukan oleh garis panduan GWR.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Iqmal Hazzwan


Previous post