
PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan tradisinya berkongsi rezeki bersama warga institusi pendidikan serta komuniti setempat menerusi Program Imarah Ramadan PTPTN (Imran) 2025.
Pengerusinya, Norliza Abdul Rahim berkata, program yang telah masuk tahun kelima pelaksanaan itu bukan sekadar mampu membantu pelajar dan komuniti yang memerlukan, malah ia mengukuhkan hubungan kekeluargaan PTPTN dengan institusi pendidikan melalui kerjasama yang erat.
Menerusi program itu, katanya, warga PTPTN, para pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru-guru dan kakitangan institusi pendidikan akan bergotong-royong menyediakan bubur lambuk, bubur manis atau makanan berbuka puasa untuk diagihkan kepada pelajar dan masyarakat…