
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mahu menawan hati pengundi muda pada PRK Ayer Kuning kelak.
Timbalan Presiden MIC M Saravanan dilapor berkata, jentera BN perlu dimantapkan untuk menarik sokongan 14,000 pengundi muda yang dikatakan penentu keputusan pilihan raya tersebut.
“Nasib baik, Pemuda BN Tapah sentiasa mengadakan program-program belia,” katanya, lapor Utusan Malaysia, selepas mesyuarat bahagian BN di Tapah, Perak.
Turut hadir, Timbalan Presiden MCA Mah Hang Soon dan pemangku ketua Umno Tapah Khairul Azmi Ghazali.
Sementara itu, Saravanan memaklumkan BN akan meningkatkan program Ramadan, walaupun sokongan pengundi Melayu kepada BN memuaskan sejak empat pilihan raya lalu.
“Hubungan kita akrab dan rapat dan kita yakin dapat mandat yang sewajarnya daripada pengundi Melayu,” katanya.
Menjelaskan keakraban itu, Saravanan…