Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rogol remaja, penuntut kolej diarah jalani 240 jam khidmat masyarakat

today4 March 2025

Background


Hakim Surita Budin memerintahkan tertuduh berusia 19 tahun jalani hukuman itu dalam tempoh 12 bulan dengan cagaran bon RM4,000. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Penuntut kolej mengaku salah merogol remaja berusia 14 tahun dengan Mahkamah Sesyen Seremban mengenakan perintah khidmat masyarakat 240 jam dalam tempoh 12 bulan.

Tertuduh, Muhammad Amirullah Zaazuren, 19, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah di Felda Raja Alias 2, Jempol, 12.30 tengah malam, 30 Dis 2024.

Justeru, tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat, lapor Harian Metro.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jumlah bon kerana ibunya mempunyai hutang dengan bank.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh menjalani khidmat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post