Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Wartawan Malaysiakini ditahan kes rasuah bebas dengan jaminan

today4 March 2025

Background


Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata beberapa individu lain akan dipanggil bagi membantu melengkapkan siasatan sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

PETALING JAYA: Seorang wartawan Malaysiakini yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah dibebaskan hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata lelaki terbabit dibebaskan selepas tempoh remannya tamat.

“Beliau dibebaskan dengan jaminan SPRM dan siasatan masih diteruskan,” katanya lapor Bernama.

Azam berkata beberapa individu lain akan dipanggil bagi membantu melengkapkan siasatan sebelum kertas siasatan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Sabtu lalu, seorang wartawan Malaysiakini ditahan SPRM kerana didakwa menerima rasuah daripada ejen berurusan dengan pekerja asing.

Bercakap kepada Malaysiakini, Azam menafikan penahanan itu berkait penerbitan artikel portal tersebut baru-baru ini berkaitan kartel…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post