
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menghalang dua lelaki yang dikaitkan dengan Najib Razak daripada mengakses akaun bank dan saham mereka yang dipegang di luar negara.
Menerusi permohonan yang difailkan semalam, kerajaan mendakwa sejumlah USD4.5 juta yang dipegang oleh individu dikenali sebagai ‘Putera Faisal Turki Al Saud” di Riyad Bank di Arab Saudi mempunyai kaitan dengan 1MDB.
‘Putera Faisal’ dikatakan telah memindahkan RM60 juta kepada Najib pada 2011.
Sementara itu, dalam permohonan berasingan, kerajaan berusaha menghalang bekas penasihat media Najib, Paul Stadlen, daripada mengakses 12 juta saham yang dipegang dengan firma pengurusan aset di UK.
Kerajaan mendakwa Stadlen telah membeli saham itu — bernilai kira-kira USD100 juta…