
PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Zamri Vinoth menegaskan satu catatan media sosialnya mengenai penganut Hindu yang mencetuskan gesaan dia ditahan, tidak pernah menghina komuniti itu.
Dalam catatan Facebook malam tadi, katanya, dia hanya menyatakan “fakta dan kebenaran”.
“Tiada mahkamah yang telah mengeluarkan keputusan bahawa penulisan saya itu menghina mana-mana pihak mahupun ada keputusan mahkamah meminta saya menurunkan posting tersebut.
“Negara kita ada undang-undang, kita ‘follow rule of law’ bukan ‘follow’ apa yang Rayer suruh,” katanya merujuk Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.
Wakil rakyat DAP itu menggesa Zamri ditahan susulan catatan kontroversi itu, yang sudah dipadamkan Facebook, tetapi muncul semula kemudian.
FMT difahamkan Facebook menyekat pengguna Malaysia mengakses catatan itu, yang kini memerlukan pengguna memasukkan kata laluan…