Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ismail keluar dari SPRM selepas 6 jam, dipanggil semula Isnin

today14 March 2025

Background


Kenderaan membawa bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob, meninggalkan SPRM seusai sesi rakaman percakapan hari ini.

PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas enam jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kenderaan yang dinaiki beliau keluar dari bangunan SPRM, pada jam 5.42 petang.

Sumber memberitahu FMT bahawa Ismail dijangka akan sambung memberi keterangan pada Isnin.

Terdahulu, Ismail hadir jam 8.45 pagi bagi dirakam keterangan, untuk hari yang kedua.

Beliau kemudian keluar pada 12.30 tengah hari untuk menunaikan solat Jumaat. Ahli Parlimen Bera itu kembali pada 3.25 petang tadi untuk sambung memberi keterangan.

Semalam, Ismail turut berada hampir enam jam di ibu pejabat SRM bagi rakaman keterangan.

Proses merakam keterangan tertangguh dua kali sebelum ini, iaitu pada 5 Mac dan 7 Mac, atas sebab kesihatan.

Ismail semalam berkata beliau akan beri kerjasama sehingga siasatan membabitkannya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Mohamad Fadli


Previous post