Menurut laporan Buletin TV3, Ng Kok Yeow, 64, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Chia Huey Ting.
Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama tiga hari jika gagal membayar denda tersebut.
Menurut pertuduhan, warga emas itu didapati dengan sengaja memaklumkan kepada seorang petugas Malaysia Airlines bahawa terdapat bom di dalam beg rakannya.
Tertuduh turut didakwa mempunyai pengetahuan bahawa kata-kata tersebut mungkin boleh menggugat ketenteraman awam.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter daftar masuk nombor 44, LTAPP, jam 10.30 malam, 11 Mac lalu.