Kelibat pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama ahli keluarga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mencuri perhatian masyarakat terutamanya peminat kedua-dua pasangan ini.
Menerusi beberapa video tular di TikTok, Bella difahamkan berada di Muar, Johor bagi membantu menyerahkan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri untuk pengundi Parlimen di sana.
Bagaimanapun, kesempatan itu diambil Syed Saddiq untuk berbuka puasa dan meraikan ulang tahun kelahiran Bella bersama keluarganya.
View this post on Instagram
Video berdurasi 33 saat yang tular di platform itu memperlihatkan Bella atau nama penuhnya, Dayang Ara Nabellah sedang berada di sebuah restoran sebelum menerima sebiji kek sempena hari lahirnya yang ke-31 tahun.
Namun, apa yang mencuri perhatian adalah tulisan yang tertera pada kek berkenaan yang merupakan panggilan Syed Saddiq terhadap Bella iaitu ‘Grumpy Muchkin’.
@alisa_aami0210 Happy Birthday to our Grumpy Munchkin aka YangBella! @Bella Astillah ?? Semoga panjang umur, murah rezeki & sentiasa bahagia bersama orang tersayang. You deserve to be happy! ?✨ Enjoy your special day! Credit VTT @Ami Ilana #BellaAstillah #SyedSaddiq #bellasyedyes #BASS #trending #fyp #foryou #fyppppppppppppppppppppppp #syedsaddiqbellaastillah #terbaru #primavalet ♬ I Think I – 별
Tidak habis disitu, Syed Saddiq juga turut merancang kejutan hari jadi bersama anak, ahli keluarga dan rakan terdekat Bella di kediamannya.
@bellaastillahsyedsaddiq7 #bellaastillah #syedsaddiq #trending #newpost #fypシ゚ #foryoupage @Syed Saddiq @Bella Astillah ♬ original sound – Fanss bella&syed ?? – ???? ??’?? ??♂️
@jvy_tenangisgood ne YB @Syed Saddiq memeng hebat#sabah #fyp #kl ♬ original sound – Jvy waterproof Shop
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Bella dan Syed Saddiq berjodoh sekaligus menganggap ini adalah tahun dan sambutan hari lahir paling bermakna buat penyanyi itu setelah melalui pelbagai kontroversi rumah tangga sebelum ini.
Terdahulu, Bella dan Saddiq berkolaborasi bersama bagi menjayakan promosi sebuah jenama pakaian tempatan.
Ahli politik berasal dari Johor itu juga sebelum ini pernah muncul di dalam video muzik Bella yang berjudul Tapi Bukan Denganmu.
Sekadar info, ibu tunggal anak dua itu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aliff Aziz tetapi telah bercerai untuk kali kedua pada 13 Jun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun.