
PETALING JAYA: Polis mengesan seorang wanita yang dipercayai individu pertama memuat naik video yang merakamkan ibu Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan bersama dua anaknya, tidak lama sebelum kanak-kanak itu ditemukan mati.
Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar berkata, wanita itu adalah individu terawal yang memuat naik video itu di dalam kumpulan WhatsApp, sebelum ia tular di media sosial, lapor Sinar Harian.
“Selain itu, pemilik akaun media sosial yang turut memuat naik video tersebut baru-baru ini sehingga tular juga sudah tampil membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah,” katanya.
Ismanira Abdul Manaf dilaporkan membuat laporan polis pada 6 Mac lalu selepas menerima pautan video berdurasi lebih kurang seminit itu menerusi Whatsapp.
Ketua Polis Sungai Buloh Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata rakaman…