
TUARAN: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memberi tumpuan kepada projek pembangunan di Sabah, khususnya dalam aspek bekalan elektrik, pembinaan taman perindustrian, perumahan rakyat, dan pembaikan jalan raya.
Beliau berkata, langkah itu bertujuan memastikan kemudahan asas dan pembangunan ekonomi terus dipacu seiring demi kesejahteraan penduduk negeri ini.
“Mesyuarat di Pejabat Daerah Tuaran hari ini menumpukan perbincangan kepada prestasi pelaksanaan projek Rancangan Malaysia di Sabah, termasuk status projek sakit, permohonan projek keutamaan negeri bagi 2026 serta status kemiskinan tegar.
“Turut dibincangkan … inisiatif program Sabah Maju Jaya (SMJ), status Projek SejaTi Madani, Projek Kampung Angkat Madani, Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan permohonan tambahan pembaikan jalan…