
PETALING JAYA: Mudah dan pantas. Itu kata beberapa penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) di Sabah dan Sarawak yang sejak 15 Jan lalu dapat menebus barangan menggunakan MyKad.
Sebelum ini, bantuan menerusi inisiatif untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan itu disalurkan dua kali setahun iaitu menerusi pemberian wang tunai.
Bercakap kepada FMT, Singar Salam ,63, dari Limbang inisiatif itu bukan hanya memudahkannya kerana tidak perlu mengeluarkan wang tunai di bank tetapi membantu merancang perbelanjaan tetap barangan keperluan.
“Memang mudah dan cepat tebus barang guna MyKad.

“Bantuan ini memang melegakan kami dalam menyediakan barangan keperluan asas,” kata peniaga durian dan sayur kampung itu.
Selain Sara, kerajaan turut…