
MUAR: Menjadi pembuat songkok bukan kerjaya impian Nur Dalila Abd Ghani, namun niat ingin membalas budi datuk dan nenek membawa kepada Butik Songkok Masood Hussin menjadi sebutan golongan yang pandai menilai.
Mengenang perjalanannya mengangkat nama Masood Hussin, detik penentuan bagi Dalila, 46, tiba apabila neneknya menyampaikan suatu harapan selepas pemergiannya datuknya.
“Sebenarnya pada awalnya macam terpaksa, nenek minta sambunglah masa itu arwah atuk sudah meninggal. Berat juga tetapi kita fikir nak membalas budi, kita ikutkan sahaja,” katanya, yang dibesarkan oleh mereka sejak kecil.
Graduan Universiti Teknologi Mara ini akhirnya membulatkan tekad memandangkan tiada orang lain dalam keluarga yang mahu meneruskan perniagaan datuknya, yang diasaskan sejak 1947.
Keputusan Dalila menceburi bidang penghasilan songkok pada 2002 itu…