
PETALING JAYA: Menteri besar Selangor gesa sesiapa yang mempunyai bukti dan maklumat berkenaan apa jua salah laku berkaitan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights agar membuat laporan polis.
Amirudin Shari berkata pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terperinci berhubung punca sebenar yang menyebabkan kebocoran saluran gas serta letusan, “yang telah mengakibatkan kerosakan harta benda penduduk dengan skala sebegitu besar.”
Terdahulu, polis memberitahu pemberita bahawa ia terima maklumat tentang dakwaan berlakunya kerja korek tanah sehingga menyebabkan kebakaran.
“Kita akan siasat semua itu dan jika benar ada berlaku, kita nak tahu siapa yang melakukan kerja-kerja mengorek itu,” kata Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, lapor Bernama.
Beliau memaklumkan bomba dan Petronas akan melakukan pemeriksaan di kawasan-kawasan tertentu…