
PETALING JAYA: Mohamad Nor Adha Abdul Karim tidak menyangka menjadi sebahagian daripada sejarah penting projek perluasan Masjidil Haram selepas dihantar syarikatnya untuk bertugas sebagai penjaga jentera elektrik di Makkah.
Adha, 35, yang kini sudah empat bulan berada di Tanah Suci bersama tujuh pekerja Malaysia yang lain ditugaskan untuk memastikan sistem sambungan elektrik di kawasan baharu Masjidil Haram berfungsi dengan baik dan selamat.
“Kami akan berada di sini sehingga projek ini selesai. Selepas itu kami akan ke Madinah untuk pemasangan payung elektrik di sekitar Masjid Nabawi,” kata anak jati Kuala Lumpur kepada FMT.
Adha dan rakan-rakannya adalah tenaga profesional dari syarikat kejuruteraan antarabangsa, Atom Bright Solution, yang berpangkalan di Bosnia dan Herzegovina. Syarikat tersebut mendapat peluang untuk terlibat dalam projek perluasan masjid terletaknya Kaabah itu, yang menjadi kiblat umat…