Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kebakaran saluran gas: MB temui ICU, Petronas esok bincang penempatan sementara

today3 April 2025

Background


Menteri Besar Amirudin Shari kata perbincangan mengenai penempatan sementara bagi mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights akan diadakan esok.

SHAH ALAM: Menteri besar Selangor akan bertemu Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri dan Petronas esok bagi membincangkan penempatan sementara bagi mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

“Ada beberapa formula kita akan bincangkan dan muktamadkan selaras dengan titah Raja Muda Selangor supaya kita dapat sediakan penempatan lebih selesa kepada mangsa,” kata Amirudin Shari pada sidang media di SUK Selangor, selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

“Pada Ahad atau Isnin saya akan maklumkan tentang proses tersebut,” katanya.

Mangsa akan perlu berada di pusat pemindahan sementara (PPS) paling kurang satu minggu lagi, tambahnya.

Sementara itu, Amirudin melaporkan seramai 630 mangsa daripada 157 keluarga berada di dua PPS, iaitu Dewan Serbaguna Masjid Putra…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin