Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

MB Selangor nafi lindungi pemaju, kerja korek tanah

today5 April 2025

Background


01 Amirudin Shari FB PIC 050425
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dalam sidang media hari ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menepis dakwaan cuba melindungi pemaju tertentu dengan menafikan wujud kerja mengorek tanah berhampiran lokasi kebakaran paip gas di Putra Heights.

Katanya, tidak timbul soal beliau cuba menafikan ada aktiviti itu sebagaimana dipertikai segelintir pihak di media sosial.

“Sebaliknya, saya minta bantuan orang awam salurkan maklumat dan kita kena siasat terlebih dahulu di mana jengkaut itu,” katanya dalam sidang media.

Amirudin berkata, kenyataannya pada hari pertama susulan kejadian itu atas niat tidak mahu membuat kesimpulan sembarangan dan mengganggu siasatan namun disalah erti pihak tertentu.

“Saya lihat serangan ini bertabur-tabur sekarang dan akan berterusan sampai hari Kiamat. Pastinya pasukan penyiasat akan bertindak secara telus berdasarkan data dan fakta tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

“Beri masa selengkapnya untuk siasatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Chia Wan Rou


Previous post