
KUALA LUMPUR: Peguam kepada penjaja belon menafikan anak guamnya berlakon sakit selepas didakwa cedera dalam kekecohan dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman, 28 Mac lalu.
Muhammad Zaimuddin Azlan juga mahu mengambil tindakan terhadap DBKL atas kekasaran dialami dalam insiden itu yang berisiko menyebabkannya hampir lumpuh selepas mengalami kecederaan tulang.
Dia hadir berkerusi roda sambil memakai alat sokongan pada sidang media bersama peguamnya Rafique Rashid untuk menjawab pelbagai tuduhan dan selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi.
Bercakap pada sidang media itu, Rafique berkata antara tuduhan dilemparkan termasuk Zaimuddin dibayar untuk berlakon sakit dan patah tulang belakang.
“Lihatah sendiri bagaimana keadaannya, terpaksa pakai kerusi roda.
“Doktor dari hospital kerajaan sendiri beri sijil cuti…