
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan notifikasi ketidakpatuhan atau surat amaran kepada premis gagal mematuhi larangan pameran produk merokok di kaunter jualan.
Menterinya, Dzulkefly Ahmad, berkata penguatkuasaan secara berfasa sedang berlangsung sehingga 1 Okt ini.
“Penguatkuasaan berfasa masih lagi berlangsung dan sekiranya berlaku ketidakpatuhan, kementerian akan mengeluarkan notifikasi atau surat amaran kepada pihak terbabit,” katanya menurut Sinar Harian sempena Majlis Penyerahan Mesin Automated External Defibrillator di Putrajaya.
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 bersama peraturan dan perintah berkaitan dikuatkuasakan mulai 1 Okt 2024. Ia merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan, dan larangan merokok di tempat awam.
Perintah larangan itu membabitkan 51,000 kedai…