
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka menyambung semula sesi merakam percakapan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob selewat-lewatnya hujung bulan ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, sesi pertama rakaman percakapan yang memfokuskan kepada penemuan wang tunai RM170 juta serta 16kg jongkong emas di ‘safe house’ telah selesai, manakala sesi keterangan akan memasuki fasa kedua siasatan, menjurus kepada isu pengisytiharan harta.
“Dalam tempoh dua minggu ini, kami akan tanya balik dan sekiranya tak dapat dibekalkan, kita akan panggil juga rakaman percakapan untuk jelaskan kenapa dokumen-dokumen ini tak dapat diperolehi, dan mana saksi yang boleh beliau kemukakan untuk bantu menyokong pernyataan beliau berhubung pengisytiharan harta,” katanya dalam wawancara khas bersama Buletin Utama di…