
PETALING JAYA: Kerajaan akan menanggung kos bina semula 81 kediaman musnah dalam kebakaran paip gas Putra Heights menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Jamil Idris, berkata pertemuan akan diadakan dengan pemilik rumah bagi mendapatkan persetujuan terlebih dulu.
Beliau berkata, sebanyak 48 unit membabitkan kediaman di Taman Putra Harmoni, manakala 33 lagi di Kampung Kuala Sungai Baru.
Namun, model kediaman yang akan dibina masih belum dimuktamadkan.
“Apabila kajian penuh SPNB dikeluarkan minggu depan, sebelum pelaksanaan dimulakan, kami akan berjumpa dengan pemilik rumah atau tuan tanah terlebih dahulu.
“Pertemuan itu bagi mendapatkan persetujuan mereka (penduduk dan pemilik rumah), sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan cadangan pembinaan semula itu,” katanya kepada Buletin TV3.
Setakat ini, tiga…