Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Ustaz Azhar Idrus Beri Pencerahan, Boleh Atau Tidak Sunting Gambar Manusia Menjadi Kartun

today9 April 2025

Background


Menerusi video perkongsian berkenaan, UAI telah menjawab persoalan daripada seseorang mengenai hukum menyunting gambar tersebut.

Menurutnya, hukum menyunting gambar itu bergantung kepada niat asal individu berkenaan. Jika niatnya bertujuan untuk menghina atau memburukkan seseorang maka ia adalah haram.

Dia juga memberitahu jika suntingan tersebut tidak mengurangkan darjat kebesaran Allah SWT dan tidak menjatuhkan maruah seseorang maka hukumnya adalah harus.

“Tapi kalau sampai jadi menghina orang, sampai menurunkan martabat orang yang patut kita muliakan, hukumnya dilarang syarak.

“Bukan sahaja watak ulama, gambar-gambar anak beranak kita pun, kalau kita buat jdi benda hina hukumnya haram. Kalau kita buat jadi mulia, kita tak berani nak kata haram,” katanya.

Bagaimanapun, UAI menambah sekiranya suntingan berbentuk positif dan tidak merosakkan imej individu lain, maka ia dibenarkan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Sukan

United tiada pilihan, kejayaan Liga Europa penentu masa depan

Paris: Harapan tunggal Manchester United untuk menyelamatkan musim yang suram kini bergantung sepenuhnya kepada kempen Liga Europa — satu-satunya peluang untuk menghidupkan kembali maruah kelab dan membuka laluan kepada proses pembinaan semula skuad Ruben Amorim yang dilihat gagal menyerlah musim ini.

today9 April 2025