Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

3 lelaki curi kabel tren ERL ditahan

today12 April 2025

Background


KLIA EXPRESS
Pada Rabu lepas, perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit mengalami gangguan berpunca daripada beberapa siri kecurian kabel. (Gambar Bernama)

SEPANG: Polis menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti mencuri kabel perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi dan Dengkil di sini.

Ketua Polis Sepang Norhizam Bahaman dalam kenyataan berkata tangkapan dibuat pihaknya serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Selangor awal pagi tadi.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek berusia antara 25 hingga 50 tahun itu mempunyai rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah.

“Dengan tangkapan ini, pihak polis dapat menyelesaikan tiga kes kecurian kabel tren Express Rail Link (ERL) yang berlaku di Sepang,” katanya.

Sementara itu, Norhizam ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya kini sedang mengesan dua lagi suspek yang disyaki terlibat dengan kumpulan berkenaan.

“Barang kes (kabel yang dicuri) masih belum didapatkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post