Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), jenama tempatan serta pencipta kandungan afiliasi Malaysia mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak 100% di TikTok Shop, yang diraikan menerusi acara ‘Raikan Raya 2025’ anjuran platform tersebut baru-baru ini.
Momentum ini dipacu oleh kolaborasi yang lebih pelbagai antara penjual dan pencipta kandungan yang melibatkan lebih 3 juta pencipta kandungan afiliasi dan lebih 1.7 juta penjual tempatan.
