
Pemandu lori terlepas hukuman gantung selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Seremban atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian bapanya tanpa niat, pada 2023.
Hakim Rohani Ismail menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap K P Niruben, 28, bermula dari tarikh tangkap pada 5 Ogos 2023, setelah mengambil kira fakta pemberat dan rayuan mitigasi dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan.
“Kamu (tertuduh) boleh bersabar, kalau ada apa-apa jangan membuat tindakan melulu seperti itu, kamu bernasib baik kerana kes tidak diteruskan dengan Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum gantung sampai mati, jadi hati-hati,” katanya menurut Bernama.
Niruben sebelum ini didakwa atas tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 dan 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, perlu juga…