Pelakon, Ben Amir menegaskan dirinya masih aktif dalam dunia lakonan, walaupun kini menetap dan menjalankan perniagaan di Pulau Siargao, Filipina.
Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Ben atau nama penuhnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 35, menerusi satu hantaran di Instagram Story (IGs), baru-baru ini.
“I just want to make it clear that I am still in the business. Saya hanya akan pulang dan berlakon jika ada projek yang menarik. Saya hanya akan fokus pada filem,” tulisnya ringkas.

Kenyataan tersebut sekali gus menjawab persoalan ramai mengenai status kerjayanya, susulan keputusan berpindah ke luar negara.
Terdahulu, menerusi sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya, Ben berkongsi rancangan untuk memulakan kehidupan baharu di pulau tersebut, termasuk membina rumah serta mengusahakan perniagaan sendiri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tinggalkan Malaysia, Ben Amir Mulakan Kehidupan Baru Di Pulau Siargo Filipina?