Menerusi laporan Buletin TV3, Penerima, Muhammad Haikal Mohd Yassin, 22, berkata dia tetap berbangga menerima penghargaan tersebut dalam masa yang sama tidak berharap apa-apa balasan dan hanya berniat mahu membantu polis menahan penjenayah itu.
“Memang sukar dan saya terpaksa bergelut untuk menangkap penjenayah itu yang agresif dan meronta bagi melepaskan diri sebelum rakan lain dan anggota polis tiba. Niat saya hanya nak bantu polis kerana perbuatan lelaki itu menjejaskan imej pekerja seperti kami,” katanya.
Menurut Haikal, sebaik sahaja diberitahu tentang kejadian ragut melibatkan suspek, dia bersama rakan terus bergegas ke sebuah pasar raya.
“Sebaik tiba, penjenayah sudah tiada sebelum kami bergegas ke Malim. Kami kemudiannya berselisih dengan peragut itu yang bertindak agresif dan menendang motosikal kami semasa dikejar.
“Saya ekori rapat motosikalnya sebelum dia terbabas. Peragut itu cuba lari namun saya dapat menangkapnya,” katanya.