
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM82 juta, dipercayai dari negara Amerika Latin, dalam tiga serbuan di Kajang dan Cheras minggu lepas.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Taman Nadayu Kajang pada Khamis, pihaknya menahan tiga warga tempatan, yang juga adik beradik, dipercayai dalang sindiket itu.
Ketika serbuan, katanya, ketiga-tiga suspek berusia antara 27 hingga 39 tahun itu sedang leka membungkus dadah.
“Pemeriksaan lanjut menemukan 830 bungkusan plastik, 56 guni plastik dan satu besen plastik yang kesemuanya berisi syabu serta pelbagai peralatan membungkus dadah,” katanya pada sidang media…