
PKR menangguhkan pencalonan untuk pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Zaliha Mustafa berkata, pencalonan ditangguhkan dari 3 dan 4 Mei kepada 8 dan 9 Mei.
“Proses (pencalonan) ini akan dilaksanakan sepenuhnya dalam talian,” katanya dalam kenyataan tanpa memberikan sebab pencalonan ditangguhkan.
Pemilihan cabang PKR diselubungi dakwaan berlakunya penyelewengan berikutan pelaksanaan sistem pengundian berasaskan ‘blockchain’, dengan parti itu melantik juruaudit bebas untuk meneliti aduan.
JPP telah mengadakan pemilihan baharu bagi empat cabang berikutan bantahan oleh calon yang kalah dan penemuan bahawa seorang pemenang masih ahli Pejuang.
Pada pemilihan cabang, beberapa tokoh parti tewas, termasuk Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, timbalan menteri Akmal Nasir, Adam Adli dan K Saraswathy, selain Ahli Parlimen…