Menerusi akaun di TikTok @aottttttttyy.malaysia, difahamkan pelajar  dari Jepun itu berkongsi bagaimana dirinya dulu sewaktu di negara asal.
Di dalam video itu, dapat dilihat dia seronok berhibur dan memaparkan gaya hidup tidak sihat. Namun, ia berubah sebaik sahaja dia menyambung belajar di Malaysia.
Selepas sebulan tinggal di Malaysia, dia memberitahu kehidupannya kini jauh berbeza dari dulu di mana dia berubah ke arah yang lebih positif.
Malah, rutin hariannya berubah 360 darjah, daripada bangun pagi, kemudian bersenam setiap hari dan bekerja secara fleksibel.
Dia juga meluahkan rasa makanan di Malaysia sangat sedap.
“Really love to be here,” tulisnya.