Menerusi perkongsian di Facebook Mohd Fadli Salleh, dia meluahkan rasa terkejutnya dengan alasan tidak hadir ke sekolah pada zaman ini.
Menurutnya, alasan yang diberikan ibu bapa adalah tidak masuk akal dan berbeza dengan zaman dahulu di mana ibu bapa lebih tegas.
Namun, sekarang ibu bapa seperti mengambil mudah dan tidak kisah jika anak mereka tidak hadir ke sekolah dengan alasan sebegitu.
“Zaman sekarang punya alasan tak hadir ke sekolah. Tepuk dahi gais. Lagi best bila tanya alasan tak hadir kat murid, ‘Ayah bangun lambat. Tiada orang hantar’.
Dan jika diperhati, paling ramai tak hadir ke sekolah sebab bangun lambat ni datang dari keluarga sederhana dan susah. Aku tak kata semua, tapi majoriti begitu,” tulisnya.