Menerusi laporan Berita Harian, tertuduh, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibacakan secara berasingan terhadapnya di hadapan Hakim Nur Hamizah Shaffiuddin.
Dia didakwa memandu lori jenis Hino dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan penama sekitar jam 9.05 pagi 13 Mei lalu di Kilometer (KM) 15 Jalan Sungai Manik di daerah Hilir Perak.
Tertuduh didakwa menyebabkan kematian S Perumal, 44; Mohd Roslan Abd Rahim, 46; Mohd Pozli Jaudin, 41; Nurit AK Pandak, 34; Amiruddin Zabri, 38; Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38; Akmal Muhamad, 35; Damarrulan Abdul Latif, 33; dan Akmal Wafi Annuar, 28.
Tertuduh juga boleh hilang kelayakan untuk memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan, jika sabit kesalahan.