Selepas beberapa minggu, Haniff berkongsi keputusan yang dikeluarkan doktor pakar telinga, hidung dan tekak mengenai masalah berdengkurnya.
Menurut Haniff, doktor memberitahu dia hanya mengalami masalah kurang tidur sahaja dan memerlukan ‘sleep hygiene’. Di mana ia bermaksud, Haniff perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya dia boleh tidur yang cukup pada malam hari.
“Alhamdulillah, i’m okay. Very minimal sleep apnea, maksudnya tak perlu pakai mesin untuk tidur, tak perlu ada surgery, everything is good,” ujarnya.
Tambahnya, pemeriksaan itu memerlukannya untuk memakai wayar di seluruh badan bagi memeriksa bahagian otak dan jantungnya.