Syafiq Shahrom berkongsi momen beliau bersama rakan seperjuangan menerima pingat emas selepas mereka dinobatkan sebagai juara.
Difahamkan, seramai enam tukang masak bekerjasama demi menghasilkan menu tradisi Malaysia yang dipertaruhkan pada kejohanan itu. Antaranya adalah nasi kerabu, rendang ayam, cendol, kuih keria dan udang sambal.
“Pasukan Malaysia telah menang pingat emas dan meraih gelaran berprestij “Masakan Terbaik” di Cabaran Masakan Kebangsaan 2025, membawa pulang trofi, gelaran dan kebanggaan global!,” tulis pada kapsyen.
Di tempat kedua jatuh kepada Syria dan tempat ketiga Perancis. Dalam pada itu, antara pesaing teratas pada kejohanan itu adalah Itali, China, India, Indonesia, Sri Lanka, Nepal, Thailand, Afrika Selatan yang mempamerkan hidangan luar biasa mereka kepada juri.