Menerusi perkongsian @fendyventure di TikTok, majlis pernikahan itu mendapat tumpuan ramai dipercayai disebabkan pemandangannya yang cukup indah dapat dilihat sinonim dengan majlis akad nikah.
Menurut Fendy, dia yang juga merupakan pengacara bagi majlis tersebut memaklumkan majlis berkenaan diadakan di Hotel Perkasa Kundasang, Sabah.
“Hari ini bersama saya sekali lagi Fendyventure dalam mengacarakan majlis persandingan yang cukup indah antara Kaim dan Fatha.
“Istimewanya hari ini kita bawakan khas majlis yang cukup indah ini bertempat di Hotel Perkasa Kundasang, sama-sama kita saksikan,” katanya.